Wednesday 14 November 2012

Nota - Penjodoh Bilangan


1. Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan  jumlah atau bilangan.

2. Kadangkala kata bilangan disertai penjodoh bilangan seperti batang, buah, ekor, orang, 
    dan sebagainya.

3. Senarai penjodoh bilangan, penggunaannya, dan contohnya adalah seperti yang berikut:







 
 
4. Contoh-contoh lain penjodoh bilangan adalah seperti di dalam jadual di bawah.



Penjodoh Bilangan

penggunaannya

Contohnya

kepal

untuk benda-benda yang dikepal dengan tangan

nasi, pulut, tanah

keping

untuk benda-benda yang nipis atau pipih

roti, papan, kad, gambar, biskut, tanah

kerat

untuk bahagian benda-benda yang dipotong

roti, tiang

Ketul

untuk benda-benda yang berketul dan padu

ais, daging, tulang, sabun, roti

Kotak

untuk benda-benda yang diisikan di dalam kotak

mancis, pensel, rokok, sabun, ubat nyamuk

kuntum

untuk bungs

mawar, melati, anggerik

Laras

untuk senjata api

pistol, senapang, meriam

lembar

benda-benda yang lurus dan panjang

kertas, dawai, benang

longgok

untuk benda-benda yang berada dalam longgokan

durian, pakaian, tanah, cili

naskhah

untuk bahan bacaan yang berjilid

surat khabar, risalah, majalah, makalah, buku

Orang

untuk manusia

guru, jururawat, doktor, pekedai, runcit, posmen

Papan

untuk benda-benda yang berbentuk kepingan

coklat, petai, mercun

pasang

untuk benda dan manusia yang berpasangan

pakaian, kasut, subang, suami isteri, anak

pangsa

untuk bahagian dalam buah

durian

pasukan

untuk sekumpulan orang yang berpakaian seragam

pemain kompang, polis, tentera pengakap

patah

untuk kata

perkataan, kata-kata

potong

untuk benda-benda yang sudah dipotong

kuih, daging, roti

pucuk

untuk benda-benda yang halus serta tipis dan senjata api

jarum, surat, pistol, meriam, senapang, rebung

puntung

untuk sebahagian benda yang masih menyala

rokok, bara, kayu api

rangkap

untuk puisi

pantun, sajak, syair

rawan

untuk benda-benda yang halus, labuh, dan bersirat

jala, jaring, pukat

ruas

untuk benda yang beruas-ruas

tebu, buluh

rumpun

untuk tumbuhan yang tumbuh rapat-rapat

buluh, tebu, serai, pandan, padi

sikat/sisir

untuk buah pisang

pisang

tandan

untuk buah-buahan yang bertandan

pisang, kelapa, pinang, kelapa sawit

tangkai

untuk buah-buahan, bunga-bungaan, dan daun yang bertangkai

rambutan, duku, kenanga, padi, daun

titik

untuk cecair yang menitis

air, darah, dakwat, embun

tongkol

untuk buah yang bertongkol

jagung

ulas

untuk isi buah-buahan yang berpangsa

durian, limau, nangka, cempedak

urat

untuk benda-benda yang halus dan panjang

rambut, benang, dawai,

utas

untuk benda-benda yang panjang

tali, dawai, rantai

9 comments: